HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

PENGENALAN
Assalamulaikum warahmatullah hiwabarakatuh
 
 
 Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada rakan2 chatters Johor2 kerana dengan sokongan dan usaha anda semua dapat mewujudkan laman web ini dengan jayanya. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua yag terlibat dalam merangka dan menjayakan laman web ini.Tanpa penglibatan dan komitmen yang padu dari semua pihak,tidak mungkin web chattersjohor2 ini dapat dijayakan sepenuhnya.
 
Laman web ini bertujuan untuk merakamkan sejarah, dan mengimbas kembali detik2 manis semasa gath dan aktiviti-aktiviti yg dijalankan dari masa ke semasa. Ianya diwujudkan juga untuk memberi maklumat tentang acara dan program yang akan datang untuk warga chattersjohor2 selain boleh mengenali antara satu sama lain serta merapatkan silaturrahim antara semua chatters.
 
 Chatters juga boleh memberi komen, pendapat serta cadangan kepada semua warga chatters dilaman web ini untuk kemajuan dan keharmonian kita bersama. Semua cadangan yang diberikan akan dinilai dan dipertimbangkan untuk mengerakkan the official chattersjohor2 ke arah harmonis,dinamis,kreatif dan inovatif melalui gath dan aktiviti kemasyarakatan selaras dengan prinsip-prinsip yang bermoral dan beretika.
 
Memandangkan keadaan dan cara hidup masyarakat hari ini, lebih lebih lagi dalam zaman yang sentiasa menggunakan kemudahan internet dalam kehidupan seharian,adalah dirasakan amat perlu bagi chattersjohor2 untuk melahirkan chatters yang mempunyai pengetahuan tinggi ,mulia,jujur , tolong menolong serta bersikap terbuka sesama chatters dan masyarakat. Sikap peka terhadap perkembangan teknologi maklumat juga perlu dikalangan chatters sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan rakyatnya celik teknologi maklumat.
 
Akhir kata, semoga apa yang kita usahakan ini dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada semua chatters agar ianya tidak dipandang serong dikalangan masyarakat.
 
Sekian terima kasih.
 
 
Penasihat,
syed_tne